Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

Pada 11 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439 H/2018 M peringkat Kolej Antarabangsa Unifield anjuran Bahagian Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini telah disertai lebih dari 173 orang kakitangan, 500 orang pelajar dan tetamu-tetamu terhormat.

         

 

Majlis Sambutan Hari Raya ini telah diserikan lagi dengan kehadiran tetamu terhormat iaitu Yang Berhormat Dato' Mohd Ghazali bin Abdul Raqib, Pengarah Urusan Kolej Antarabangsa Unifield iaitu Tuan Haji Mohd Asna Bin Amin dan barisan pengarah yang lain.

 

 

Tepat jam 12.30 tengah hari, majlis telah dimulakan dengan perarakan tetamu VVIP dan ketibaan barisan pengurusan tertinggi kolej. Kemudian, majlis diteruskan dengan bacaan doa oleh Ustaz Ahmad Fazareez Fauzi, ucapan ribgkas dari Ketua Eksekutif Kolej Antarabangsa Unifield iaitu Puan Rohana binti Rahmat dan diikuti dengan ucapan perasmian dari Yang Berhormat Dato' Mohd Ghazali bin Abdul Raqib.

 

Majlis yang berlangsung dengan penuh kesederhanaan ini turut diserikan lagi dengan beberapa persembahan dari para pelajar. Majlis ini berakhir pada pukul 2.30 petang. Pihak kolej ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat untuk menjayakan majlis ini dan juga merakamkan penghargaan yang tidak terhingga kepada tetamu-tetamu yang hadir bagi memeriahkan majlis ini.