UIC Memenangi Program Sistem Pengurusan Perpustakaan (Koha)

 

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2018 yang lalu Kolej Antarabangsa Unifield telah diangkat sebagai pemenang dalam program anjuran YK Chapters Solution (YKC) 2018 yang menawarkan hadiah menarik iaitu Sistem Pengurusan Perpustakaan (KOHA) yang bernilai RM50 000. Program ini bertujuan untuk membantu perpustakaan terpilih untuk merasai pengalaman sistem pengurusan perpustakaan Koha yang lebih baik dengan seni bina sistem dan jurutera terbaik.



Sejak tahun 2016, YKCS CSR telah membantu pelanggannya untuk berpindah dari sistem perpustakaan sedia ada kepada Sistem Koha yang lebih sistematik. Selain itu, sokongan penuh juga turut diberikan oleh YKCS CSR dalam penyelenggaraan sistem Koha pada harga dan perkhidmatan terbaik mengikut keperluan pelanggan.

Pada 1 Julai 2018, YKC Library System and Services telah memilih Kolej Antarabangsa Unifield sebagai finalis 'Top 5' yang melayakkan UIC untuk memasuki fasa kedua program iaitu untuk meraih undian tertinggi di sosial media.


Dalam tempoh pengundian, seluruh warga UIC telah bekerjasama melakukan pelbagai usaha gigih untuk meraih LIKE terbanyak. Antara usaha yang dibuat adalah promosi LIKE dan SHARE dalam kalangan warga UIC dan pihak luar serta pembikinan video promosi raih undi juga turut dilakukan.


Dengan mendapat 682 likes di Facebook YKCS, Kolej Antarabangsa Unifield merupakan finalis yang terbanyak mendapat likes dan sekaligus telah melayakkan Kolej Antarabangsa Unifield untuk memenangi pakej Koha YKCS secara percuma! Terima kasih kepada pihak penganjur dan semua yang terlibat dalam menjayakan program ini!


Kepada sesiapa yang berminat untuk merasai sendiri pengalaman menggunakan sistem KOHO, anda boleh hubungi YKC Library Systems and Services melalui info@ykcs.com.my atau menerusi WhatsApp 018 237 8189.