Lawatan Konvoi Kembara Merdeka 2018

 

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 Peringkat Daerah Seremban di Kolej Antarabangsa Unifield.

Konvoi ini telah berlangsung pada 8 Ogos 2018 dari pukul 2.00 petang hingga 2.30 petang. Konvoi ini dimeriahkan lagi dengan kunjungan dari Ahli DUN Nilai iaitu Tuan Arul Kumar Jambunathan. Pihak Kolej Antarabangsa Unifield ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada Ahli DUN Nilai kerana sudi memeriahkan lagi program ini.

Bulan Ogos amat sinonim dengan bulan kemerdekaan, jadi ayuh kita pamerkan kesetiaan dan semangat patriotik terhadap negara tercinta dengan mengibarkan jalur gemilang.