Majlis Konvokesyen UMCCed 2018

 

Pada 27 Oktober 2018, Majlis Konvokesyen UMCCed telah berlangsung di Dewan Tunku Canselor Universiti Malaya. Seramai 80 graduan terlibat dengan 3 daripada graduan tersenarai dalam senarai penerima Anugerah Pelajar Terbaik Program Diploma iaitu Fadhlika Binti Noor Rizan (Diploma Pengurusan), Nurulain Syafiqah Binti Zakey (Diploma Pengurusan Sumber Manusia) dan Fatin Najwa Binti Jainudin (Diploma Pengurusan Perniagaan).


Semoga kejayaan ini mampu menjadi inspirasi kepada pelajar-pelajar UIC yang lain untuk terus cemerlang dalam mencorak masa depan yang gemilang.