INTEGRASI DIPLOMA KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD 

 

Integrasi Diploma Kolej Antarabangsa Unifield adalah initiatif yang bertujuan untuk memberi peluang yang lebih baik kepada para pelajar lepasan Kolej Antarabangsa Unifield untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di beberapa Universiti di Indonesia.

   

 

 Integrasi Diploma ini adalah hasil sepakatan menerusi Memorendum Sefahaman di antara Kolej Antarabangsa Unifield dengan beberapa Universiti di Indonesia iaitu Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (UIN Jambi), Universitas Islam Negeri Sematera Utara (UIN Sumatera Utara) dan Universitas Negeri Medan (UNIMED).

Pelajar yang melanjutkan pengajian ke peringkat Ijazah Sarjana Muda di Universiti ini akan mendapat kelebihan seperti pengecualian kredit dan yuran pengajian yang berpatutan. Selain itu, Ijazah Sarjana Muda dari Universiti-universiti ini juga diiktiraf oleh MQA dan JPA.

Pihak Kolej Antarabangsa Unifield juga telah menghantar beberapa orang pelajar Diploma Syariah Islamiah ke Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifuddin Jambi (UIN Jambi) bagi melanjutkan pengajian mereka. Untuk makluman lanjut, sila hubungi 017-2309877 / 012-2727916 / 019-63008077.