UIC KOMITED LAHIR CENDEKIAWAN ISLAM

Alhamdulillah, dalam usaha gigih pihak kolej untuk memartabatkan islam dalam diri pelajar, pihak kolej bersyukur kerana  berjaya melahirkan kira-kira 100 personaliti televisyen, imam masjid, guru pendidikan Islam, usahawan muda, pakar motivasi, penceramah, guru kafa, guru tadika, guru di pusat pembelajaran Islam, usahawan dan eksekutif muda. Sepanjang 22 tahun beroperasi, seramai 4,500 graduan berjaya menamatkan pengajian dan selari dengan hasrat UIC dalam melahirkan cendekiawan Islam, pihak kami membantu penuntut dengan memberikan biasiswa melanjutkan pengajian di peringkat Ijazah Sarjana Muda selain bekerjasama dengan Yayasan Pendidikan Bumiputera untuk menyediakan elaun sara diri, kemudahan pengangkutan dan asrama. Bagi anak jati Negeri Sembilan, elaun RM200 sebulan diberikan selama 20 bulan termasuk asrama dan pengangkutan. Menurutnya, pelbagai jurusan pengajian ditawarkan bagi tempoh dua hingga tiga tahun antaranya Diploma Syariah Islamiah, Diploma Perakaunan, Sains Komputer, Multimedia, Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Pengurusan Hartanah dan Kulinari. Mereka bekerjasama dengan Universiti Teknologi Mara (UiTM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Malaya (UM) dan maklumat berkaitan boleh melayari www.uic.edu.my.

Artikel penuh https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/02/418578/uic-mahu-lahir-cendekiawan-islam