Alumni

Bahagian Hal Ehwal Pelajar Kolej Antarabangsa Unifield berfungsi bagi menguruskan segala hal yang berkaitan tentang pelaksanaan aktiviti kokurikulum, pendakwaan dan tatatertib. Selain itu, Bahagian Hal Ehwal Pelajar juga berfungsi untuk menguruskan hal-hal kaunseling, alumni, kerjaya, kebajikan pelajar, keusahawanan dan aktiviti pelajar luar kampus. Bahagian ini juga turut menyediakan perkhidmatan untuk menyokong segala aktiviti pembangunan pelajar, kebajikan, sokongan akademik dan juga keusahawan pelajar. Ianya bertujuan agar dapat untuk memenuhi ekspektasi pelanggan.

Bahagian HEP mempunyai empat (4) unit yang mempunyai fungsi dan tanggungjawab yang berbeza iaitu:

  • Unit pentadbiran Unit Sukan,
  • Rekreasi dan Kokurikulum Unit Kaunseling,
  • Kerjaya dan Alumni Unit Disiplin dan
  • Pendakwaan

MISI

Melahirkan graduan yang bersahsiah tinggi, berpesonaliti unggul dan mempunyai sifat kepimpinan yang tinggi melalui proses pembangunan insan yang berkualiti dan perkhidmatan yang cemerlang serta penyediaan prasarana yang kondusif.

VISI

Menjadi pusat pembangunan insan yang unggul, taqwa dan cemerlang.

Piagam Pelanggan  

  • Memberi layanan yang mesra, cekap dan amanah kepada semua pelanggan  
  • Mengambil tindakan terhadap semua masalah atau aduan yang diterima selewat-lewatnya dalam tempoh lima (5) hari waktu bekerja.
  • Menyediakan program kerohanian, moral dan sukan kepada pelajar untuk peningkatan sahsiah dan kecergasan pelajar.  
  • Memberi perkhidmatan kaunseling secara profesional dan mesra pelanggan serta mengamalkan etika kerahsiaan.
  • Memberi khidmat nasihat kepada kelab dan persatuan pelajar berkaitan dengan perlaksanaan program dan aktiviti.  
  • Menjalankan bimbingan kerjaya dan pengesanan graduan disamping membantu melaksanakn aktiviti atau program yang berkaitan dengan alumni.
  • Mengurus semua aktiviti pembangunan pelajar dari segi latihan, pertandingan atau penyertaan di peringkat kolej, IPT atau kolej-kolej bersekutu. 

 

UNIT KAUNSELING DAN KERJAYA

Unit Kaunseling terbahagi kepada 7 bahagian iaitu:

  1. Sesi Kaunseling Individu dan Kelompok
  2. Proses Bimbingan
  3. Ujian Psikologi
  4. Program-program Motivasi
  5. Orientasi Pelajar Baru

Proses Bimbingan:

Proses bimbingan ini dijalankan dalam keadaan santai di mana pelajar boleh mendapatkan nasihat, perkongsian dan cadangan berkaitan kerjaya, masa depan dan sebagainya.

Terbahagi kepada 2 bahagian iaitu:

  • Orientasi Kecil-kecilan

Orientasi ini dijalankan secara indoor (2 hari) di mana pelajar akan didedahkan dengan peranan setiap bahagian iaitu HEP, HEA, KAMSIS, Kewangan, Tajaan, KRP dan Kerohanian.

  • Orientasi Besar-besaran

Orientasi ini dijalankan secara outdoor di mana para pelajar akan terlibat dengan aktiviti-aktiviti Ice Breaking, LDK, solat hajat dan bacaan yassin, penghayatan malam, sukaneka dan sebagainya.

Modul Pembangunan Pelajar Unifield (MPPU) dan Kemahiran Insaniah (KI) Kelab Kaunselor Siswa Ditubuhkan bagi membantu perjalanan orientasi di mana mereka berperanan sebagai fasilitator dalam aktiviti yang akan dijalankan.