Lawatan Konvoi Kembara Merdeka 2018

 

Konvoi Kembara Merdeka Jalur Gemilang 2018 Peringkat Daerah Seremban di Kolej Antarabangsa Unifield.

Konvoi ini telah berlangsung pada 8 Ogos 2018 dari pukul 2.00 petang hingga 2.30 petang. Konvoi ini dimeriahkan lagi dengan kunjungan dari Ahli DUN Nilai iaitu Tuan Arul Kumar Jambunathan. Pihak Kolej Antarabangsa Unifield ingin mengucapkan jutaanterima kasih kepada Ahli DUN Nilai kerana sudi memeriahkan lagi program ini.

Read more

UIC Memenangi Program Sistem Pengurusan Perpustakaan (Koha)

 

Alhamdulillah, pada 15 Julai 2018 yang lalu Kolej Antarabangsa Unifield telah diangkat sebagai pemenang dalam program anjuran YK Chapters Solution (YKC) 2018 yang menawarkan hadiah menarik iaitu Sistem Pengurusan Perpustakaan (KOHA) yang bernilai RM50 000. Program ini bertujuan untuk membantu perpustakaan terpilih untuk merasai pengalaman sistem pengurusan perpustakaan Koha yang lebih baik dengan seni bina sistem dan jurutera terbaik.



Sejak tahun 2016, YKCS CSR telah membantu pelanggannya untuk berpindah dari sistem perpustakaan sedia ada kepada Sistem Koha yang lebih sistematik. Selain itu, sokongan penuh juga turut diberikan oleh YKCS CSR dalam penyelenggaraan sistem Koha pada harga dan perkhidmatan terbaik mengikut keperluan pelanggan.

Read more

Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 2018

Pada 11 Julai 2018, telah berlangsungnya Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri 1439 H/2018 M peringkat Kolej Antarabangsa Unifield anjuran Bahagian Sumber Manusia dan Hal Ehwal Pelajar. Majlis ini telah disertai lebih dari 173 orang kakitangan, 500 orang pelajar dan tetamu-tetamu terhormat.

         

Read more

Program T-Rex Siri 1.0/2018

Program T-Rec Siri 1.0/2018 merupakan program anjuran Hal Ehwal pelajar Kolej Antarabangsa Unifield yang bertempat di Teluk Kemang, Port Dickson, Negeri Sembilan. Program ini disertai seramai 72 orang pelajar EEP bersama pegawai yang bertugas Cik Noraizah binti Yunus bersama Cik Nur Amira Izzati binti Kamarul Ariffin.

     

Read more