MAKLUMAN PENTING

  • Borang pengambilan dan pemulangan jubah 

Para graduan diminta untuk mencetak, mengisi dan membawa Borang E - Borang Pengambilan & Pemulangan Jubah semasa hari pengambilan jubah iaitu pada 3 Disember 2018 (Hari Raptai)

 

  • Tempoh akhir pembayaran yuran konvokesyen

Adalah dimaklumkan tarikh pembayaran untuk majlis konvokesyen UIC ke-8 telah tamat. Namun, pihak bendahari telah memanjangkan tempoh pembayaran yuran konvokesyen sehingga 8 November 2018.

Tetapi hanya bayaran melalui mesin deposit tunai dan bayaran terus ke kaunter sahaja yang akan diterima. Sebarang transaksi kewangan atas talian tidak akan diterima sama sekali.

Pembayaran boleh dibuat ke akaun CIMB:

8601160392 (KOLEJ TEKNOLOGI UNIFIELD)

Bukti pembayaran konvo perlu disertakan di emel convocation@uic.edu.my bagi tujuan rujukan pihak kami.

 

Tahniah kepada para graduan Kolej Antarabangsa Unifield yang bakal menghadiri Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Unifield Kali Ke-8. Para graduan dinasihatkan untuk meneliti prosedur kerja majlis raptai dan konvokesyen bagi memastikan perjalanan majlis lancar. Sukacita dimaklumkan bahawa Majlis Konvokesyen Kolej Antarabangsa Unifield Kali Ke 8 akan dilaksanakan pada ketetapan berikut:

Para pelajar yang telah menamatkan pengajian boleh membuat permohonan konvokesyen dengan mengisi borang permohonan yang disediakan, membuat semakan hutang (jika ada), membuat bayaran yuran konvokesyen serta mengesahkan kehadiran ke majlis yang akan diadakan. (rujuk panduan konvokesyen)

Adalah diingatkan bahawa pelajar yang layak bergraduasi adalah mereka yang telah menyelesaikan semua perkara berikut:

  • Tamat pengajian
  • Tidak mempunyai sebarang tunggakan yuran / denda
  • Telah membuat bayaran yuran konvokesyen 

Tarikh-tarikh penting adalah seperti berikut:

Sila sahkan kehadiran atau ketidakhadiran graduan pada Majlis Raptai dan konvokesyen melalui Borang D. Sila muat turun dan pastikan maklumat graduan yang tertera adalah tepat dan kemaskini maklumat yang diperlukan.

Tetamu graduan perlu memasuki dewan sebelum majlis bermula. Kegagalan berbuat demikian boleh menyebabkan mereka dihalang dari memasuki dewan.

 Carta Alir Konvokesyen UIC 2018 

 Borang B - Borang Permohonan Graduan UIC 2018

 Borang C - Makluman Kewangan Konvo UIC ke 8

 Borang D - Borang Kehadiran Konvokesyen Kolej Antarabangsa Unifield 2018 

 Borang E - Borang Pengambilan & Pemulangan Jubah  *Baharu

 Borang F - Etika Pemakaian Dan Protokal Majlis Konvokesyen *Baharu