Jalinan Kerjasama Dengan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (Uinsu).

Selepas kejayaan Menandatangani Memorendum Persefahaman (Mou) dengan Universiti Islam Negeri (UIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia pada 14 November 2016 yang lalu, UIC sekali lagi melakar sejarah apabila berjaya Menandatangani Memorendum Persefahaman (Mou) dengan Universitas Islam Negeri Sumatera Utara (UINSU) pada 27 September 2017. 

Kejayaan demi kejayaan yang berjaya diraih oleh Kolej Antarabangsa Unifield dalam memperluaskan lagi hubungan baik dengan Universiti-universiti serantau sedikit sebanyak dapat mengukuhkan lagi status Kolej Antarabangsa Unifield sebagai salah satu institusi pendidikan tinggi yang mampu berdaya saing dengan institusi-institusi yang lain.