Majlis Penyampaian Biasiswa Pelajar Cemerlang Kolej Antarabangsa Unifield Untuk Melanjutkan Pengajian Ke Peringkat Sarjana Muda Di Iain Sulthan Thaha Saifuddin, Jambi.

Pada 10 Julai 2017, bertempat di Kolej Antarabangsa Unifield telah berlangsungnya Majlis Penyampaian Biasiswa Pendidikan Pelajar Cemerlang Diploma Syariah Islamiah untuk melanjutkan pengajian peringkat Sarjana Muda di Universiti Islam Negeri (UIN) Sulthan Thaha Saifuddin Jambi, Indonesia.

 

Seramai 3 orang pelajar cemerlang telah terpilih untuk menerima biasiswa pendidikan sebanyak RM 6, 900.00 dan penerima biasiswa tersebut adalah Muhammad Reza Firdaus Bin Adenan, Nurul Syafiqah Binti Kamaruddin dan Siti Nur Azlin Binti S.Hamid. Penyampaian biasiswa ini telah disempurnakan oleh Tuan Haji Mohd Asna selaku Pengarah Urusan Kolej Antarabangsa Unifield.