BIASISWA KHAS UNTUK PELAJAR TERBAIK

 

Kolej Antarabangsa Unifield (UIC) kampus Nilai, Pajam, bekerjasama dengan Yayasan Pendidikan Bumiputera (YPB) menyediakan biasiswa khas bagi memberi pendidikan terbaik untuk penuntutnya.Pengarah Urusannya, Mohd Asna Amin berkata, antara bantuan ditawarkan adalah yuran pendaftaran, pembiayaan asrama, pengangkutan dan biasiswa sara diri RM200 selama 20 bulan, bagi yang berkelayakan.Katanya, bagi graduan Diploma Syariah Islamiah yang cemerlang, penuntut berpeluang menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universitas Negeri Medan dan Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifudin, Indonesia. “UIC komited melahirkan graduan berdaya saing di semua sektor pekerjaan dan melahirkan 10,000 graduan bekerja sepanjang 22 tahun beroperasi,” katanya memaklumkan sebarang pertanyaan kemasukan boleh melayari www.uic.edu.my atau hubungi talian 013-6665135.

kredit: berita harian dan harian metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/433840/biasiswa-khas-pelajar-terbaik