UIC PENCETUS KECEMERLANGAN

 

“WALAUPUN keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) sekadar cukup makan, saya tidak pernah putus semangat. “Sekalung penghargaan buat kolej yang membantu kejayaan saya,” kata Siti Nursyafieqah Abu Bakar, 27, graduan Diploma Perakaunan dengan Program Usahasama Universiti Teknologi Mara (UITM) dari Kolej Antarabangsa Unifield (UIC) kampus Nilai, Pajam, di sini. Siti Nursyafieqah berkata, ketika SPM pada 2010 dia hanya memperoleh 2A berbanding rakan lain yang lebih cemerlang.“Saya memilih menyambung pengajian di UIC pada 2012 hingga 2014 kerana kampus memiliki kemudahan lengkap, sistem pengajian yang baik dan pensyarah yang berdedikasi. “Berkat bimbingan tenaga pengajar, saya meraih Anugerah Dekan setiap semester dan Anugerah Naib Canselor sewaktu konvokesyen di Universiti Teknologi Mara (UiTM) siri 79 pada 2015,” katanya.

berita penuh https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/436427/uic-pencetus-kejayaan