Nama: Muhammad Arifirdaus Bin Eko Purnomo

"Remember why you started, don't give up, find a way"

Jawatan: Dekstop Engineer

Batch:DDPZ

Komen tentang UIC:

Assalamualaikum, syukur Alhamdulillah kerana telah berjaya menamatkan pengajian saya di Kolej Antarabangsa Unifield dan telah memperolehi segulung ijazah diploma pengajian sains computer daripada UTM.

Pertama sekali saya ingin mengucapkan terima kasih kepada tenaga pengajar terutamanya Sir Hakam kerana telah mendidik kami dengan memberikan ilmu-ilmu yang sangat bermanfaat. Tidak lupa juga kepada rakan-rakan seperjuangan yang lain kerana telah mewarnai zaman pembelajaran saya sepanjang berada UIC.

Pada mulanya saya tidak yakin dengan kebolehan saya kerana pada semester 1 saya cuma mendapat cgpa 2.02 dan hampir berputus asa untuk belajar, tetapi selepas memikirkan balik masa depan , saya bertekat untuk tingkatkan lagi usaha saya untuk mendapatkan keputusan yang lebih baik. Sukar pada mulanya tetapi dengan pertolongan tenaga pengajar dan rakan-rakan akhirnya saya mendapat inspirasi untuk Berjaya bersama-sama mereka.

Alhamdulillah selepas tamat pembelajaran saya di UIC saya telah mendapat tempat di sebuah syarikat dan kini bekerja sebagai Desktop Engineer. Saya menyeru kepada adik-adik sekalian supaya jangan cepat berputus asa untuk belajar kerana masa depan berada di tangan kita, dapatkan ilmu sebanyak mungkin kerana suatu saat ilmu itu akan berguna kepada kita. Saya akhiri testimoni saya dengan sebuah pepatah inggeris

 

Nama: Siti Nurhidayu Binti Wajak

There are no secret to success. It is the result of preparation, hardwork and learning from failure

Batch:DDPZ

Jawatan: Pereka Grafik

Komen tentang UIC: 

Assalamualikum, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih yang tak terhingga kepada pihak Kolej Antarabangsa Unifield, khususnya kepada pensyarah saya di Jabatan Sains Komputer (multimedia), yang banyak membantu saya, memberi nasihat dan ilmu dengan sempurna, jasa kalian tidak akan dilupakan dan Allah S.W.t saja akan membalasnya.

Selepas sahaja tamat Latihan Industri, saya mencuba mencari kerja yang sesuai dengan bidang yang saya ambil. Alhamdulillah, saya mendapat panggilan sebagai Trainer di salah satu pusat pembelajaran untuk sementara. Selepas itu, saya mencuba di salah satu syraikat besar membuat website, alhamdulillah, saya berjaya dengan sesi temu duga, saya ditawarkan bekerja sebagai Mobile Apps Consultant. Tetapi saya terpaksa menolak disebabkan beberapa masalah yang tidak dapat dielakkan.

Saya mencari kerja yang berhampiran dengan rumah, saya mendapat panggilan temuduga sebagai Pereka Graphic juga di salah satu Syarikat printing terbesar di Sabah. Tetapi saya terpaksa menolak, disebabkan majikan saya masih memerlukan khidmat saya di syarikatnya.

Saya juga membuat 'freelance' pereka grafik.

 

Nama: Mohd Syaiful bin Ngaiman

Jawatan: Eksekutif Penilaian, Realty Appraisal SDN. BHD

(Sedang melanjutkan pengajian di peringkat sarjana muda di UTMSPACE)

Batch:DDPF

 

Komen tentang UIC:

"Tenaga pengajar di Unifield International College sememangnya terbaik. Pensyarah berkongsi segala ilmu dengan terperinci dan mudah difahami"