100 TOP YOUNG CEO 2019

 

Tahniah diucapkan kepada Pengarah Urusan Kolej Antarabangsa Unifield iaitu Tuan Haji Mohd Asna bin Amin kerana kejayaan beliau tersenarai dalam anugerah 100 Top Young CEO 2019. Semoga kejayaan ini menjadi pemangkin semangat dan mampu menjadi inspirasi kepada para graduan Kolej Antarabangsa Unifield untuk melakar kejayaan yang cemerlang. 

 

 

500 PENUNTUT UIC SERTAI LARIAN

 

Kami amat menggalakkan penuntut bergiat aktif dalam semua aspek terutama aktiviti riadah. Kami tidak tertumpu pengajian akademik semata-mata sebaliknya mahu melahirkan graduan yang sihat dan proaktif," 

 

BIASISWA KHAS UNTUK PELAJAR TERBAIK

 

Kolej Antarabangsa Unifield (UIC) kampus Nilai, Pajam, bekerjasama dengan Yayasan Pendidikan Bumiputera (YPB) menyediakan biasiswa khas bagi memberi pendidikan terbaik untuk penuntutnya.Pengarah Urusannya, Mohd Asna Amin berkata, antara bantuan ditawarkan adalah yuran pendaftaran, pembiayaan asrama, pengangkutan dan biasiswa sara diri RM200 selama 20 bulan, bagi yang berkelayakan.Katanya, bagi graduan Diploma Syariah Islamiah yang cemerlang, penuntut berpeluang menerima biasiswa untuk melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda di Universitas Negeri Medan dan Universitas Islam Negeri Sulthan Thaha Saifudin, Indonesia. “UIC komited melahirkan graduan berdaya saing di semua sektor pekerjaan dan melahirkan 10,000 graduan bekerja sepanjang 22 tahun beroperasi,” katanya memaklumkan sebarang pertanyaan kemasukan boleh melayari www.uic.edu.my atau hubungi talian 013-6665135.

kredit: berita harian dan harian metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/03/433840/biasiswa-khas-pelajar-terbaik

MAJLIS PERASMIAN KOLEJ ANTARABANGSA UNIFIELD DAN PELANCARAN PROGRAM AL-QURAN BERSANAD (PROQAB)

Alhamdulillah, dengan izin Allah S.W.T pada 22 Januari 2019, seluruh warga Kolej Antarabangsa Unifield merasa cukup bertuah atas kesudian Ulama Al-Quran Negeri Syam iaitu Al-Fadhil Al-Ustaz Sheikhul Qura' Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih untuk Majlis Perasmian Kolej Antarabangsa Unifield dan Pelancaran Program Al-Quran Bersanad (PROQAB). Dalam majlis yang dihadiri oleh lebih 1000 tetamu, Sheikh Muhammad Kurayyim Rajih juga turut memperdengarkan bacaan Al-Fatihah kepada semua tetamu yang hadir.

kredit: berita harian dan harian metro

https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/01/414964/jangan-tinggal-al-quran-sunnah-syeikh-kurayyim-rajih

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2019/01/522751/ulama-syria-puji-umat-islam-di-malaysia