Vision & Mission

Moto

UNGGUL, TAQWA, CEMERLANG

Visi

Menjadi sebuah institusi pendidikan unggul, melahirkan tenaga profesional yang berwibawa bagi merealisasikan wawasan Negara

Misi

Mewujudkan peluang bagi membentuk potensi pelajar dan mencapai kecemerlangan pendidikan dan latihan kemahiran

Objektif

  • Menyediakan program akademik dan kemahiran di peringkat sijil, diploma dan ijazah bagi melahirkan graduan yang berwibawa untuk merealisasikan wawasan negara.
  • Menampung kekurangan tempat pengajian di Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) dalam usaha mendapatkan Sijil, Diploma dan Ijazah yang sama serta setaraf dengan IPTA.
  • Memberi ilmu dan latihan yang lebih mantap di dalam bidang akademik, teknologi maklumat dan kemahiran.
  • Melahirkan tenaga kerja yang berorientasikan industri di peringkat kemahiran tinggi.

Dasar Kualiti

UIC komited untuk mengendalikan program Sijil, Diploma dan Ijazah yang berkualiti demi melahirkan graduan profesional dan beretika serta sentiasa memenuhi keperluan pasaran.

UIC akan melaksanakan sistem pengurusan profesional, cekap, berkesan dan bertanggungjawab ke atas perancangan, perlaksanaan program dan penambahbaikan secara berterusan untuk menjadi sebuah IPTS bertaraf antarabangsa.